November 08, 2012

MESJID BUKIT INDAH DI TAKLUKKI, DIPERKOSAI BEEND...BOLEH PULAK...

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam kawasan solat Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor petang tadi .


Kira-kira 500 warga pondok dari 109 pondok di seluruh negara hadir dan bersama Dato’ Sri Mohd Najib menunaikan solat Asar berjemaah.

Pada majlis itu juga Perdana Menteri menyampaikan tiga anugerah iaitu Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada pengasas dan mudir pondok, tiga Anugerah Pondok Contoh 2012 dan 10 pondok menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib menerusi Anugerah Kasih.

Sebelah pagi diadakan karnival pondok melibatkan beberapa jabatan dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim, Yapeim, Yadim dan sebagainya.

Senator Dato’ Dr Mashitah berkata, program itu bukan bersikap ‘one off’, sebaliknya akan berterusan setiap tahun termasuk merancang mengadakan Konvensyen Pondok-Pondok Nusantara, program mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah.

No comments: